top of page

WELCOME TO

 

 

 

 

 

 

OFFICIAL PENANG FOOTBALL FANS CLUB

PFFC1.png

WHO WE ARE

MISI DAN WAWASAN PENANG FOOTBALL FANS CLUB (PFFC) 
_______________________________________________

Ketika Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League, Encik Kevin Ramalingam buat lawatan rasmi ke Football Association of Penang (FAP) tahun lalu, beliau sempat bertemu dengan sebahagian para penyokong Harimau Kumbang, pernah meluahkan kekagumanya keupayaan Pulau Pinang melahirkan ramai pemain yang berkaliber tinggi yang pernah dan sedang menyarung jersi kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Kepada para peminat bola sepak Pulau Pinang, ia bukan satu perkara yang luar biasa. Saban tahun kita dapat melihat dengan mata kita sendiri bagaimana para pemain muda lagi berbakat lahir daripada kategori belia ataupun Piala Presiden.

Fenomena ini wujud kerana negeri Pulau Mutiara memang gilakan bola sepak sejak era 60an atau 70an lagi yang dihiasi dengan nama - nama yang hingga kini masih meniti di bibir para penyokong bola sepak tempatan seperti M. Kuppan, Namat Abdullah, Isa Bakar, Shukor Salleh dan lain-lain lagi.

Bola sepak dan Pulau Pinang bak lagu dan irama, berpisah tiada. Oleh itu, percambahan banyak kelab penyokong persis cendawan tumbuh selepas hujan bukanlah satu perkara yang menakjubkan.

Apabila PFFC ditubuhkan pada tahun 2017, kami nekad hendak menjadikan sebuah kelab penyokong rasmi seperti kelab penyokong rasmi Johor ataupun Selangor yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang berpandukan tata-cara pengurusan sebuah pertubuhan. Dalam erti kata lain, kami mahu menjadikan kelab penyokong rasmi yang mana kami merupakan salah satu daripada saluran suara rasmi para penyokong Harimau Kumbang kepada pihak-pihak yang berwajib seperti FAP.

Kemunculan kami bukan untuk mencabar mana-mana pihak kelab penyokong lain ataupun Football Association of Penang (FAP).

Kami memang hendak dan sentiasa mahu bekerjasama dengan semua pihak terutama FAP dalam memartabatkan bola sepak negeri yang tercinta ini, dan kepingin kembalikan zaman kegemilangan bola sepak kita sekali lagi.

Sehubungan dengan itu, wawasan kami pada suatu hari nanti, semua kelab penyokong Pulau Pinang dapat bekerjasama di bawah satu panji, satu bendera demi kemajuan dan kejayaan pasukan Harimau Kumbang!

 

Tanggal 22 April 2019, PFFC telah mengadakan satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Khas berbincang beberapa perkara serta pelantikan Presiden, Timbalan Presiden dan jawatan - jawatan kanan serta ahli jawatankuasa untuk penggal terbaharu 2019 - 2021.

Fokus kami tahun ini adalah untuk:-

(1) merekrut lebih para penyokong ke PFFC agar kita mempunyai suara yang lebih padu dalam membicarakan isu yang melibatkan bola sepak tempatan.

(2) Menganjurkan A-League atau dikenali sebagai M4 untuk Pulau Pinang dengan kerjasama MFL dan AFL.

Kami amat berbesar hati kerana mendapat kepercayaan daripada MFL menganjurkan Liga M4 ini. Sudah pasti PFFC akan bekerja keras dalam menjayakan liga ini. Dan tentunya, PFFC amat memerlukan semua pihak, terutamanya pemilik-pemilik kelab amatur, para penyokong bola sepak dan sebagainya dalam membantu menjayakan serta menceriakan lagi Liga M4 ini.

Akhir kata, PFFC hanya mempunyai satu objektif sahaja dalam apa jua perancangannya, yakni demi kegemilangan bola sepak Pulau Pinang!

''NADI, SUARA KECEMERLANGAN BOLASEPAK''

HARIA PENANG HARIA

Foto: Gambar bersama Presiden, Timbalan - Timbalan Presiden dan Ahli-Ahli Jawatankuasa PFFC 2019-2021.

58420321_316771459018276_156561242231459

GET IN TOUCH

We’d love to hear from you! Contact us with your questions, comments and suggestions.

1024px-Facebook_Circle.svg.png
Instagram-circle-icon-1.png
mia-for-gmail-youve-got-a-mail-on-your-m
bottom of page